Isnin, 3 September 2018

Sebagai mukadimah


Assalamualaikum w.b.t


Apabila disebut manusia maka terlalu banyaklah definisi yang dapat dicerna diatas keperbedaan sifat dan sikap manusia yang bernama makhluk. Allah jadikan manusia ini adalah makhluk terbaik sebaik-baik ciptaaan Nya. Dan makhluk ini sifatnya ada kekurangan dan tidak sempurna, hanya sekadar sempurna sebagai sifat kesempurnaan makhluk sahaja. Maka Allah tiupkan roh insan yang bernama Muhamad S.A.W sebagai wasilah akhlak yang perlu diikuti dan dicontohi untuk pedoman sejagat.


Manusia pada sifat azalinya adalah insan yang sentiasa berbuat dosa seperti mana sabda nabi S.A.W


"‘Kullu Bani Adam khotto’un’, wa khoirul khottoina attawaabun’"
‘setiap anak cucu Adam pasti berbuat Dosa, dan sebaik-baiknya yg berbuat dosa adalah yang bertaubat.


Atas sebab itulah manusia ini perlu adanya garis panduan yang membolehkan 'kita' menjadi insan yang sentiasa diatas landasan rahmat Allah. Insan kerdil tetapi jiwa nya besar beserta dengan kecenderungan nafsu yang sentiasa mengikutinya kearah perkara yang mungkar dan ingkar. Itulah kita. Tidak kira siapa dan apa bangsa dan apa pegangan agama , manusia secara lahirnya cenderung kepada keinginan perkara yang baik dan terbaik. Tapi apakan daya , seketul daging didalam rongga kiri ini sentiasa terusik oleh perkara-perkara yang cenderungnya untuk mengikuti hawa nafsu kerana terhijabnya dengan dosa-dosa sementelah mula melepasi genggaman jari-jemari.

Ghaflah (lupa)

Kita sebagai insan ini sukar untuk keluar dari dua penyakit iaitu jahil & ghaflah (lupa). Penyakit ini akan hinggap tidak kira sesiapa termasuklah orang alim ulamak dan para ilmuan serta cendekiawan waimanya. Orang yang berilmu (alim) sekalipun ianya terlepas dari sifat kejahilan tapi masih sukar untuk terlepas dari sifat ghaflah (lupa). Lupa ini dirujuk rujuk kepada lupa akan mengingati Allah. Selalunya ianya terlihat secara sepontan dalam tindak-tanduk kita semasa nafsu sedang menguasa diri.

Keluar dari sifat jahil dan ghaflah

Allah berfirman, 

"fazkuruni azkurkum
engkau ingat padaKU pasti aku ingat pada Mu.

Ayat ini Allah menyuruh kita untuk sentiasa ingat kepada-Nya. Ingat yang bagaimana, ingat dengan menyebut-nyebut nama-Nya secara lisan ataupun menjerit-jerit nama-Nya didalam hati. Dalam erti kata lain ingat kepada Allah itu lah yang dinamakan zikirullah.

Apabila Kita sentiasa ingat kepada Allah, nescaya Allah juga akan ingat kepada kita dengan erti kata lain Allah akan membuka rahsia-rahsia ketuhana-Nya sehingga kita akan dikeluarkan dalam kejahilan dan kelupaan. inilah rahsia pengubat hati yang kotor yang dipenuhi dengan sampah-sarap dosa.

Hati ini pada dasarnya adalah kotor seperti mana Nabi berfirman

Inna likulli sai in sokola.wainna sokolatul qulub dhikrulloh
“Sesungguhnya segala sesuatu itu ada pembersihnya. Dan pembersih hati adalah zikir pada Allah ”


zikir ini juga menurut Imam Khushairi
"Zikir itu tiang seri dalam mencapai redha Allah"

Lihat betapa pentingnya zikir untuk membentuk hati yang murni dan secara khususnya akan membentuk akhlak keperibadian yang mulia.

Hati yang mula dibasahi dengan zikir sedikit demi sedikit akan dilimpahi dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan yang intipatinya adalah melahirkan insan yang berjiwa besar yang dipenuhi dengan akhlak yang terpuji. Apabila hati mula dibersihi dan mula tersedar dari kejahilan maka akan timbul perasaan merasa kekurangan diri dan perlu mencari sesuatu untuk ditampungi kekurangan tersebut. Itulah cahaya keimanan yang mula masuk kedalam hati.

Ilmu

Ilmu bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan ilmu. Ilmu adalah garis panduan bagi pedoman manusia. Ilmu untuk melahirkan kesedaran dan akhlak yang baik itu adalah ilmu mengenal Allah. Ilmu ketauhidan , ilmu para-para alim ulama yang haq. Ilmu bagaimana untuk melunturkan kejahilan yang terselaput pada hati. Ilmu itu pada mulanya sekadar tahu dan jika dipertingkatkan ia menjadi kefahaman. Kefahaman tersebut jika dipertingkatkan lagi ia akan menjadi mejiwai atau merasai. Dan akhirnya menjadi satu tahkik atau keyakinan yang benar sehingga terbuka hijab kejahilan. Disitulah bermulanya kezuhudan manusia mengenal diri dan mengenal Allah sehingga merasakan diri serba kekurangan.

Untuk menjelaskan lagi kefahaman tentang imu ini sebagai contoh, seseorang itu diberikan satu gelas air . contohnya air kopi. Bagi sijahil apabila melihat segelas air itu mereka tidak tahu apakah air tersebut.. itu satu kejahilan yg jelas. Bagi yang tahu pula didalam segelas air itu adalah air kopi tapi masih tidak tahu bagaimana untuk membancuh air tersebut sehingga menjadi segelas kopi. Bagi yang faham pula, mereka tahu segelas air yang teriisi itu adalah air kopi dan tahu bagai mana untuk membancuh air kopi tersebut dengan memasukan serbuk kopi dan gula. Tapi masih mempunyai kekurangan yakni tidak tahu bagaimana rasa air kopi tersebut. Bagi orang yang tahu, faham dan rasa, mereka bukan sekadar tahu dan faham cara membancuh kopi tersebut malah merasai akan kenikmatan aroma kopi tersebut, Dari situlah timbul rasa keyakinan tentang keenakan aroma kopi tersebut. Begitulah jika diumpamakan.


Bagaimana Interprestasi keatas kejiwaan yang besar

Manusia ini penuh dengan gelagat. Ada yang baik dan ada yang jahat. Allah jadikan kepelbagaian sifat ini bukanlah sebagai hukuman semata-mata. Jika dipandang dari sudut yang lebih dalam, kepelbagaian sifat manusia itu juga adalah ujian bagi semua. Ujian ini diibarat seperti kayu ukur ketauhidan & ketaqwaan kita pada Allah.

Lumrah pada umat mutaakhir ini suka menghukum keatas perilaku sesama manusia. Bermacam-macam tohmahan serta kata nista baik dizahirkan atau terdetik didalam hati untuk menghukum manusia yang teruji dan diuji. Dizaman kemodenan komunikasi ini terlalu banyak fitnah dan tohmahan yang mudah dilontarkan dan disebarkan sehingga merasakan perkara itu sudah menjadi kebiasaan dalam rona kehidupan. Ini adalah penyakit jiwa masyarakat sekarang yang sedang nazak.

Ujian itu cerminan

Ujian Allah ini bukan sahaja boleh berlaku pada diri kita sendiri, waima pada diri orang lain pun itu juga ujian pada diri kita. Apa yang berlaku didepan pancaindera kita kita adalah ujian pada diri kita sendiri. Bagaimana kita berinteraksi dengan ujian tersebut adalah petanda setakat mana akhlak kita dimana akhlak kita itu interprestasi kepada tindak-tanduk kita. Bagaimana kita melatah atas apa yang kita lihat dan dengar secara sepontan.

Tindak-tanduk kita adalah bergantung sejauh mana hati kita sedar akan sifat-sifat ketuhanan (tauhid) dan setebal mana hijab dosa yang berkerak didalam tubuh hati kita.Sebab itulah pujangga ada menyatakan orang lain itu adalah cerminan diri kita. Tindak-tanduk orang sekeliling kita itu adalah ujian Allah kepada kita. Bagaimana kita melihat tingkah laku orang sekeliling itu sebagai refleksi keatas diri kita sama ada bersifat negatif dengan mudah menghukum atas ujian yang tertimpa keatas orang disekeliling kita ataupun mengembalikan perilaku itu kepada sifat Allah yang maha melakukan atau apa yang dikehendaki. Perkara ini kebiasaanya berlaku sepontan bukanya dibuat-buat.


Kita lebih bersifat menghukum dari mendidik

Atas apa yang teruji keatas orang disekeliling kita ramai yang suka menghukum atas perbuatan tersebut sedangkan membenci kemaksiatan itu bererti kita membenci makhluk ciptaan Allah itu sendiri. Pelik kedengaranya tapi itu kebenaranya. Maksiat itu tidak harus dibenci tetapi cukuplah kita tidak redho dengan kemaksiatan kerana kemaksiatan itu adalah salah satu cara Allah untuk menguji hamba-hambanya yang terpilih. Dan kemaksiatan itu juga boleh terhempas keatas diri kita pada bila-bila masa sahaja dengan kehendak Nya.

Melihat kekurangan dan kelemahan orang lain

Nafsu ini cenderung untuk melihat kekukarangan dan kelemahan orang lain sehingga ia menutupi kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Kebiasaanya kita lebih senang dan selesa untuk melihat kekurangan dan kelemahan orang lain berbanding untuk melihat kepada kekurang diri kita sendiri. Sebab itulah ukuran ketaqwaan itu apabila kita lebih cenderung melihat kekurang orang sekeliling sehingga kita lupa untuk melihat diri kita yang juga penuh dengan kemaksiatan dan kekurangan.

Kenapa ia terjadi sedemikian?
Inilah yang diperkatakan pada awal penulisan ini iaitu sifat ghaflah (lupa). Terlupa akan apa yang terjadi itu adalah sifat kudrat & iradat Allah yang diterjemahkan kepada makhluk sebagai peringatan.

Seadanya kita sentiasa lupa akan Allah lah yang menyebabkan kita melihat sesuatu itu hanya pada pandangan mata majazi. Apabila mata hati terselindungan dengan ghaflah dan dosa yang tidak dizikirkan maka apa yang terpandang itu hanyalah pandangan majazi yakni perkara yang zahir semata-mata. Hati jika tidak digilap dengan zikir (ingat hati pada Allah) tidak akan dibukakan pandangan hijab rohani iaitu pandangan hakikat rahsia-rahsia ketuhanan Allah yang sebenar.Maka beradalah dalam kejahilan.

Perbanyakan melihat kekurangan diri nescaya kita tidak akan ada masa untuk melihat kekurangan orang lain. Sekiranya terlihat juga kekurangan orang lain maka hati mudah tersentak (tersedar) akan kesyukuran kerana Allah tidak berbuat perkara yang sama kepada diri kita serta dilindungi serta melihat kemaksiatan yang terjadi keatas orang lain itu lantas terdetik didalam hati agar Allah segera mengeluarkanya serta memberi kenikmatan. Itu iman bagi hati yang mula disedari dan dilimpahi nur cahaya ketaqwaan.

Sentiasa bersyukur

Syukur itu mendekati akan keredhoan. Orang yang sentiasa bersyukur meskipun kurniaan tidak sebanding orang lain itu lebih baik dari orang yang diberi kurniaan tetapi merasakan kurniaan itu datang dari usaha mereka sendiri.

Tersedar dari berbuat kesalahan atau kemaksiatan itu lebih mulia dari merasa diri ini sempurna dan beriman tetapi dalam masa yang sama terlalu banyak syrik kofi yang hatinya masih memandang kurniaan itu datangnya dari usaha mereka sendiri sehingga menjadi angkuh dan bangga diri. sebab itulah pujangga juga menyatakan syurga itu dipenuhi dengan pendosa yang bertaubat dan neraka itu dipenuhi dengan orang alim yang angkuh.

Betapa besarnya fadilat zikir

Zikir itu besar fadilatnya. Dengan hanya menyebut kalimah Lailahaillallah (tiada tuhan yang nyata melaikan Allah, Nabi S.A.W menyatakan besarnya lebih dari seisi dunia. Maka ingatlah Allah dimana-mana dan setiap masa. Nescaya orang yang sentiasa  ingat pada Allah akan menerima limpahan cahaya kurniaan dari Nya. Dan dikeluarkan mereka dari sifat kejahilan yang merugikan.

Akhlak itu bermula dari adab

Bermulanya limpahan ilmu Allah itu adalah dari adab. Adab dengan Allah, adab dengan ilmu , adab dengan Para ilmuan. Tanpa adab tiada keberkatan. Maka untuk mendapatkan keberkatan , adab itu perlu didahulukan sebagai wadah permulan dalam mengenal diri.

Sekian

Kerana yang kurang itu adalah dari izin Allah

aizam


0 ulasan:

Catat Ulasan